Jumaat, 7 Ogos 2009

Pusat Pemeliharaan Orang Utan

Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok ialah tempat yang mempesona dimana pelawat boleh memerhatikan para pelatih mengajar Orang Utan yang kehilangan ibubapa atau yang telah tersingkir mengenai cara-cara memanjat di persekitaran semulajadi mereka. Di pusat perlindungan ini, haiwan di dalam kurungan dilatih semula untuk menyediakan mereka bagi menghadapi kehidupan di hutan tempat tinggal semulajadi mereka. Pusat ini membolehkan pelawat melihat haiwan purba ini dengan lebih dekat .
Di Sepilok Sabah, jumlah haiwan berkenaan kini hanya tinggal antara 10,000 hingga 15,000 dan kebanyakanya ditemui di kawasan pantai timur dan sebahagian kecil juga ada ditemui di Taman Kinabalu dan Banjaran Crocker. Bagaimanapun, kehidupan haiwan itu yang dijadikan maskot pelancongan bagi negeri Sabah terancam kerana sebahagian besar kawasan berkenaan diteroka untuk perladangan atau disimpan untuk kegiatan pembalakan.Dianggarkan kira-kira 70 peratus populasi Orang Utan di Sabah pada masa ini menghuni kawasan Hutan Simpan Komersial yang dieksploitasi untuk tujuan pembalakan.

Khamis, 6 Ogos 2009



Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.
Sambutan ini bertujuan merangsang kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha menguruskan alam sekitar secara lestari. Bertemakan "Dunia Memerlukan Anda Bersatu Bagi Memerangi Perubahan Iklim", sambutan ini wajar dihayati dengan mendalam. Semoga penghayatan kita terhadap tema Alam Sekitar Sedunia 2009 dapat memberi cetusan yang bermakna terhadap satu lagi pengisian untuk gagasan Satu Malaysia. Ini kerana konsep itu meliputi pelbagai aspek termasuk alam sekitar kerana kita perlu hidup dalam persekitaran sihat untuk membangunkan negara .

Masalah banjir di Kuala Lumpur


Bilakah masalah banjir di K.L kan berakhir?
10 Mac lalu, bandar raya Kuala Lumpur dilanda banjir kilat akibat hujan lebat antara tiga hingga tujuh jam menyebabkan lebih 300 kenderaan musnah dihanyutkan air manakala lebih 1,200 penduduk terpaksa berpindah. Banjir kilat itu menyebabkan kira-kira 40 orang terperangkap dalam bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) manakala hampir semua jalan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk berikutan air naik mendadak. Puluhan ribu warga kota tersangkut dalam kesesakan jalan raya semasa kejadian tersebut. Terperangkap selama tiga jam lebih di atas jalan raya merupakan satu pembaziran masa. Perasaan cemas, geram dan kecewa menghantui fikiran warga kota setiap kali banjir kilat berlaku. Sampai bilakah warga kota terpaksa bergelut dengan masalah ini ?

Rabu, 5 Ogos 2009

BEKAS POLISTERINA MENYEBABKAN KANSER

Penggunaan bekas polisterina secara berterusan akan menyebabkan pengguna terdedah kepada kesan toksik. Bahan kimia yang terdapat dalam bekas polisterina boleh menyebabkan pengguna menghidap penyakit kanser. Penggunaan bekas polistirena perlu diharamkan kerana bahan stirena yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan barah pada organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan hati.
Menurut Prof. Ku Halim Ku Hamid ,Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), dalam Utusan Malaysia, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.‘‘Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.
Selain itu bekas berwarna putih yang sering digunakan untuk mengisi makanan itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak boleh diuraikan secara semula jadiBekas ini mempunyai impak yang besar kepada alam sekitar kerana ia memerlukan masa sehingga 500 tahun untuk mereput. Selain itu, jumlah tenaga yang tinggi diperlukan untuk memusnahkannya seterusnya meningkatkan kesan rumah hijau.
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah pun mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterina dalam kampus universiti itu bermula Julai tahun lepas melalui Kempen Mesra Eko. Manakala, Universiti Sains Malaysia juga turut menghapuskan penggunaan bekas polisterina ini melalui Kempen Keranda Putih.

Isnin, 3 Ogos 2009











14 BANGLO TERTIMBUS TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA

6 Disember 2009 - Malaysia dikejutkan dengan satu lagi malapetaka yang melanda Kuala Lumpur akibat dari kerakusan manusia. Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut 5 nyawa, telah membuka mata banyak pihak tentang kesan pembinaan petempatan di kawasan-kawasan lereng bukit dan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku tanah runtuh.


Banjir oh banjir

Keadaan suasana sesi awal persekolahan tahun ini di kawasan negeri pantai timur dan Sarawak berubah wajah apabila terdapat beberapa buah sekolah di kawasan telah ditenggelami air dan menjadi pusat perpindahan banjir. Sesi hari pertama persekolahan bagi kira-kira 30,000 murid baru tahun satu di 33 sekolah rendah di seluruh Kelantan terjejas ekoran banjir.



BUMI GAZA

Bumi Gaza telah digunakan oleh Israel untuk menguji beberapa jenis senjata baru seperti Dense Inert Metal Explosive (DIME) semasa melakukan pengeboman, serangan dan kekejaman di bumi Palestin. Menurut Dr. Hamdi, doktor pakar bedah dari Jordan , bom baru iaitu DIME dan bom fosforus amat berkesan sehingga sesiapa yang berada di dalam jarak letupan sama ada cedera parah ataupun mati. Bom itu apabila dijatuhkan akan melantun ke udara semula dan terus meletup mengeluarkan serpihan besi tajam yang boleh menembusi badan, menghancurkan bahagian badan manusia sekiranya berada di dalam jarak lima hingga 10 meter. Bom fosforus pula akan terus membakar tubuh manusia sehingga menghancurkan organ dalaman, tulang dan pelbagai bahagian badan manusia selagi ada oksigen.