
Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.
Sambutan ini bertujuan merangsang kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha menguruskan alam sekitar secara lestari. Bertemakan "Dunia Memerlukan Anda Bersatu Bagi Memerangi Perubahan Iklim", sambutan ini wajar dihayati dengan mendalam. Semoga penghayatan kita terhadap tema Alam Sekitar Sedunia 2009 dapat memberi cetusan yang bermakna terhadap satu lagi pengisian untuk gagasan Satu Malaysia. Ini kerana konsep itu meliputi pelbagai aspek termasuk alam sekitar kerana kita perlu hidup dalam persekitaran sihat untuk membangunkan negara .
