Penggunaan bekas polisterina secara berterusan akan menyebabkan pengguna terdedah kepada kesan toksik. Bahan kimia yang terdapat dalam bekas polisterina boleh menyebabkan pengguna menghidap penyakit kanser. Penggunaan bekas polistirena perlu diharamkan kerana bahan stirena yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan barah pada organ dalaman manusia terutama sistem pencernaan, sel darah dan hati.Menurut Prof. Ku Halim Ku Hamid ,Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), dalam Utusan Malaysia, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.‘‘Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.
Selain itu bekas berwarna putih yang sering digunakan untuk mengisi makanan itu juga memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak boleh diuraikan secara semula jadiBekas ini mempunyai impak yang besar kepada alam sekitar kerana ia memerlukan masa sehingga 500 tahun untuk mereput. Selain itu, jumlah tenaga yang tinggi diperlukan untuk memusnahkannya seterusnya meningkatkan kesan rumah hijau.
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah pun mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterina dalam kampus universiti itu bermula Julai tahun lepas melalui Kempen Mesra Eko. Manakala, Universiti Sains Malaysia juga turut menghapuskan penggunaan bekas polisterina ini melalui Kempen Keranda Putih.